Monday 31 December 2012

HAPPY NEW YEAR!

ITS 2013! hoyeahh! I'm finally sixteen! hehe, happy new year everyone. may this year will be the greatest year among all :) aishah pun dah meningkat setahun umurnya. perlu ada azam baru yang pasti azam yang bakal melengkapkan hidup saya sebagai seorang pelajar! ecehh, tak pernah sejiwang ini bila bercakap ye. masa tahun baru je cakap macam ni xD hehe, dear 2013. please please please please be nice to me. tolong buat baik kepada saya. janganlah beri dugaan yang berat2. anddddddd. Thank you Ya Allah for giving me an oppurtunity untuk bernafas dalam dunia ini didalam tahun yang BARU! hehe happy new year again!

Saturday 22 December 2012

cedih :(

fatin marah. (aku rasalah.) kalau betul dia marah, i don't know why.. sebab aku forward text rifqi kat dia ke? sebab aku nasihat dia ke? i don't KNOW! and bila dia bolayan macam gini, rasa macam nak nangis sangatttt. tak suka bila kena palau dengan bestfriend sendiri. rasa sedihhhhhhhhhhhhhhh sangat sangat sangat.  bila aisha tegur dalam twitter boleh dia balas sepatah-sepatah. memang la dia kata dia tak marah tapiiiiiii. the way dia layan aku, nampak macam dia marah tauu. I feel so sad :'( selalu kalau aisha sedih macam ni selalu je cerita dekat dia. now bila sedih pasal dia nak cerita dekat siapa??? WHO? WHO? WHO? my godddddddd. :'(

Wednesday 7 November 2012

nawh, I love FATINAZIRA ;)

hari ini sangat happening! berjalan kesana sini dengan FATIN macam orang takda hala tuju :p tapi sangat seronok sebenarnya. I'm gonna miss her :( sebab dia dah tak boleh out dah. dah banyak kali dia out. bapak dia pun lama-lama jadi fed-up sebab bagi dia duit je :p whatever it is, hari ni dapat spend time dengan dia :D haha, happy happy :D ILOVEMYBESTIE <3
just because we don't talk, doesn't mean I don't think about you. Im just trying to distance myself because I know I can't have you.

Friday 26 October 2012

am I crazy?

am I crazy? yeah, aku fikir macam tu la. Ngee, terasa geli bila nak mengaku yang aishah SUKA someone. lebih terasa geli apabilaaaaa. fuh, aku TERsuka dekat seseorang dalam masa 3 tahun. percaya atau tidak yang someone tu tak tau pasal aku? erk, over la tu kalau tak tau langsung. I mean aku dengan dia berkawan. tapi kawan gitu-gitu jelah. mangai, apa nak buat? everytime aku chit chat dengan dia dalam fb dia mesti dengan perangai selenga dia. kalau cakap dengan dia, dia mesti dia balas pendek-pendek je. contoh? yelah, haha, takda hallah and etc. ni first time okay, aku bercerita pasal benda macam ni. Fatin sorang je yg tau. selama ni aku bukan layan sangat benda macam ni. haihh, how to forget him? almost 3 years kot. -.- ada tanya fatin pasal benda ni. Fatin kata apa tau "bagi je tau yang kau suka dia. habis cerita.". MANGAI. gila ke apa minah ni? agak-agaklah nak bagi idea pun. itu idea nak menjahanamkan diri aku. bukan nak menyelesaikan masalah. ceh, biarlah jelah. Sekarang ni kalau nampak nama dia kat mana-mana mesti jantung nak terlompat keluar sikit. (over gila ayat). lebih-lebih lagi kalau nampak dia ILOVEYOU-ILOVEYOU dengan sesiapa. sekarang ni tak tau nak buat apa. nak fikir? blah. buang masa. buang karan. sebab kalau aku fikir pun, takkan ada idea yang berani nak munculkan diri. tulis kat sini pun saja nak release tension. nak buat apa sekarang ni? takyah buat apa. dahlah. nak out bye!

Wednesday 15 August 2012

In A Few Days :D

pejam celik, pejam celik dah masuk hari ke-27 kita puasa kan :D macam tak percaya pulak. I expect this Raya, I'll digerumuni with books :p sejarah, science, math, BM, BI, geo, agama, and KH. yelaaa, PMR is within 56 days. gila ke haper nak bersuka ria sampai tak ingat dunia macam orang yang dah habis sekolah? memang tak la kan. haha :D eh, 3 hari lagi kita nak rayaaaaaa! Aishah pakai putih this year :p suci sikit.hehe. siapa pakai putih jugak? kita geng lah xD hope Raya this year will be perfect, even though sometimes I will hold the books :p tak mau la jadi macam tahun-tahun lepas. boring ya  amat amat! :(

Thursday 9 August 2012

setiap kurniaan itu ada kegunaanya.

kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak selalu boleh melihat ke belakang. tapi pandanglah itu semua ke depan, pandanglah masa depan kita. kita dilahirkan dengan dua belah telinga, kanan dan kiri, supaya kita dapat mendengar dari dua buah sisi.untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan, dan memilih mana yang benar, mana yang salah :D

Friday 27 July 2012

UWAIS AL-QARNI-MENJADI SEBUTAN DI LANGIT :)


Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...
Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.
Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
"Engkau harus lekas pulang."
Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.



Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."
Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.
Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
"Siapakah nama saudara?"
"Abdullah." Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"
Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.
Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.
Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
"Apa yang terjadi?"
"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.
"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.
"Kami telah melakukannya."
"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"
Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,
"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."
"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.
"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."
"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.
"Ya!" Jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."



(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"
"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."
Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.
"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."







Friday 20 July 2012

MAA BIRTHDAY ^_^

hehe, Aishah dah meningkat setahun umurnya :D excited walaupun bukannya ada hadiah. hehe. tapii, today is veeeeeeeeeeeeeeryy meaningful! InsyaAllah I'll remember it till my last breath. my friends nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY  for me when Aishah nak potong kek :D terharu and ada airmata yang jatuh tadi but they was tears of joy :') I'm glad to have them as friends :) Fatin lagi laaa, dia belanja makan :') ingat senang ke si kedekut tu nak keluar duit but she did it for me :') I was speechless at first. haha, dia memang suka buat ikut kepala dia je :p Puan Hazlina, my form teacher hugs me tight. she says "Happy birthday my girl" :) and I was like awww :') tak lupa untuk my mum yang pilih and belikan the blackforest cheese tu. sangat sedap :) and to my beloved cousin yang jadi orang first yang wish Happy Birthday :) thanks to all of you :) thanks because you guys had made my day <3 and thanks Allah cause give me a chance to breathe in this beautiful earth again.. and thanks because You give me a chance to feel all these joy :) alhamdullillah :D

Thursday 5 July 2012

the torture begins *0*

in a blink of an eye, dah masuk july dah :(  this mean that, Aishah akan terseksa! yelah, next month dah trial. next two month dah PMR! kejap nya. I was not prepare to sit for the PMR examination :'o starting from now, I need to give fully cocentrate on my studies. semuanya makin merosot sekarang. I want to pass with flying colours *0* I don't want to disappoint my mom. haihh, hopefully things will be better at that time. :(

Sunday 24 June 2012

let's think together.

do you know that a person who say willing to die from being hurt are extremely stupid! >:( diaorang terlalu ikut kata nafsu. they say like that because diaorang tak tahu macam mana sakitnya mati tu. do they know that death  is the most pain? I can't imagine siapa yang bunuh diri tu -.- I admit that not everyone are good. but as a normal person you should think. not act on feeling. remember Allah, Rasulullah you will calm. insyaAllah. think about yourself.. your family.. your friends. they need you. they love you. you're evrything to them. without you, you think they will happy? no. so, think about it.

p/s: aku cakap ikut pengalaman. banyak betul orang mengadu kat aku pasal ni -.-

Saturday 23 June 2012

knowledge is a pelita hidup kan? so, let's add a mass of knowledge xD

to road to Jannah is not straight. there's a curve called Dunia, a loop called Money, speed bumps called Pleasures and Temptations, red lights called Enemy & Satan. but on the positive side, if you have a spare called Solleh, an engine calleg La Illaha Illaha, an insurance called Iman, a driver called MUHAMMAD (peace be upon him) insyaAllah, you'll make it to Jannah.

p/s: I found this on the internet. I was very touched. as reflect, I wonder if I have enough faith to be a supply for I came to heaven?  let us think together <3

Saturday 16 June 2012

tambah knowledge je ;)

Ibnu Abbas ra berkata, ''Tidak ada seorang Nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia (dipilih) dari kalangan pemuda saja (yakni antara 30-40 tahun). Begitu pula tidak ada seorang alim pun yang diberi ilmu, melainkan ia (hanya) dari kalangan pemuda saja.'' (Tafsir Ibnu Katsir III, halaman 18)3).

usaha itu perlu. doa itu pembantu. ALLAH itu penentu.

yes! kena jadikan ni sebagai kata-kata semangat ni <3

Friday 15 June 2012

I don't have it. but I still want to talk about it. no problem, right? ;)

its a been a long time didnt update here. yela tak ada cerita kan? nak tulis apa? karang cakap aku merepek meraban pulak. haha :p eh eh, bulan ni bulan jun kan? oh ya! its month to celebrate our father! ni, nak cakap sikit ni. sesiapa yang ada ayah, papa, abah, baba, daddy, walid tuu.. you should be thankful tau for having a great father. kena la selalu hormat. bukan cakap main lepas je. sebab lepas ibu..kan ke bapa yang sayang gila kat kita? bukan ke orang kata kasih ibu membawa ke syurga kasih bapa kekal selamanya? so, sebagai manusia yang ada otak yang waras(macamlah aku waras sangat :p) we must appreciate our father and sayang dia. korang sepatutnya bersyukur pada Allah tau sebab ayah korang masih sihat walafiat. not like me. my father passed away 7 years ago. jadi, sebagai manusia yang elok akal fikirannnya.. (ceh ;p) jangan la sia-siakan ayah tu. so, fikir-fikirkanlah ye? :D


Hazrat Abdullah bin Amar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda “Kesukaan Allah bergantung kepada kesukaan ayah, dan ketidaksukaan Allah terletak kepada ketidaksukaan ayah”
so, we have to do what our father want us to do. so that, sekaligus kita dapat keredhaan Allah sekali <3

Tuesday 29 May 2012

penat. but its okay :)

ya. harini boleh dikatakan semua kerja dalam rumah ni aku yang buat. don't get me wrong ya. bukan kerja ala-ala perempuan melayu terakhir, tapi persis kerja macam orang jantan. fuh, tercabar doh! serasa-rasanya dah sebaldi peluh keluar harini. yela, tolong nenek punya pasal. Aishah kan satu-satunya cucu yang paling dekat dengan dia. takkan nak suruh cucu dia datang rumah ni semata-mata nak suruh buat kerja rumah? nak tak nak kena buat jugak la :p haha takpa, kita exercises dulu nek xD kasi kuat badan. haha. nenek, we did a good job and the result was very satisfying! :D

Friday 25 May 2012

Simple Advice From Me :)

actually, we can choose to happy or want to suffer. we are given a choice, rather than no choice. cuma kita kena tabah, kita kena kuat untuk keluar daripada kesengsaraan. we have to submit to Allah, we have to bow down to Him with full faith. kerana orang-orang yang mempercayai Allah, pasti tidak akan kecewa. we can be happy if we try to achieve happiness.

Thursday 24 May 2012

IT'S OVER!

finally its over! haha, exam la apa lagi kan. memang la seronok kejap je, sebab lepas ni nak trial pulak.. nak PMR lagi. but its okay! ^_^ let me enjoy my holiday time without interruption for the word "examination". tolong eh, masa cuti is cuti. althought, I have a lot of homework -.- tapi still, tak ada siapa boleh kacau masa cuti aku. ^_^

Thursday 17 May 2012

FAVOURITE :D



hehe, ingat areila lagi? my favorite author tu? yes, ni lah dia <3 know or not that her book is the best xD I do not get bored reading it over and over again :D peace xD

Wednesday 16 May 2012

NGEE :(

hari exam sangat membosankan sebenarnya. I do not like to keep facing the books. if this continues, my brain may explode! fuhh, takpa takpa.. sikit je lagi nak habis.. lepas tu, Aishah is free! (padahal PMR belum habis lagi tau) agaga~ bila nak habis ni? if I can put PMR and SPM examinations, I'm sure I will be the happiest man of the century. haha, Aishah terimalah hakikat, yang benda tu hanya akan terjadi dalam masa 2 tahun akan datang. (SPM). sebenarnya bukan tak boleh terima hakikat, but only want to release stress. okay. Aishah sudah. kau dah banyak mengarut hari ni. sekarang stop. pergi sambung baca buku. -.- kbye :D

MY BROTHERS ^^



dating dengan adik sepupu sendiri tak salah kan? hehe :p so, this is them. akif and adib. my beloved brother. even non-biological siblings, tapi apa ada hal kan? this does not prevent them from being my favourite brothers :) soeur vous aime tant <3 (kakak sayang korang) 

SO CUTE ^^




hehe :D adik sepupu :p kira macam adik la sebab aku pun anak tunggal kan ;) alia sangat comel :p

Saturday 12 May 2012

HAPPY MOTHER'S DAY!

HAPPY MOTHER'S DAY :D especially to my mother Hanita Hajar :) i really love you umi :) thank you for loving me and raise me with love and affection :) hey, do not forget, all the mothers in the world. you guys are the best! without you, who are we :') thank you very much <3

Friday 11 May 2012

EXAMINATION DAY? NOOO!!

14.5.2012. guess what day is this? this day of examm!! haiyo umiii.. tak ready nak exam lagiii o.0 very afraid I would be able to answer the questions posed. :'( however, i pray for the best :) hope God will help soothe my heart when answering questions :D

I'm happyyyyyy ;D

on 5.5.2012..guess what? i met my favourite author xD it is the most exciting moments :') I got her signature (y) her nama is areila sahimi.. I love to read book written by her :) her books can make me laugh one at a time :p hey hey! forgotten to say that I was able to take a photo with areila too x) jangan jealous :p my friend, nik, like the same author, screaming close my ears when I tell I met with areila. hoho, she is so jealous :p haha sabar je la nik x) dia berasap je bila aku pergi tak ajak dia. hahaha.. However, this is a very sweet memories so far :) peace ;)

Wednesday 18 April 2012

HELLO :D

Heyyy :D I'm new here ;) if there is a shortage, just silent -.- do not need to say anything :)